• Laman Utama
  • Friday 29 March 2013

    HATI-HATI DENGAN FATWA DARI ORANG YANG JAHIL AGAMA


    Oleh: Imam Muda Jabar

    Mutakhir ini kita seringkali mendengar berita kematian para alim ulamak di tanah air dan di peringkat antarabangsa. Samaada ditimpa kesakitan, mati mengejut, dan tidak terkurang yang terbunuh. Terbaru adalah berita kematian Dr. Said Ramadhan al-Buthi, seorang tokoh ilmuan di Syria. Kematian tokoh-tokoh ulamak ini sangat berkait rapat dengan sabdaan Nabi Sallahu Alaihi Wasallam, ketika mana baginda bersabda:


    إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد , ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إدا لم يبق عالم اتخد الناس رؤوسا 

    جهالا فأفتوا بغيرعلم فضلوا وأضلوا



    Artinya : "Sesungguhya Allah tidak mencabut ilmu ini secara langsung dari para hamba-Nya akan tetapi Dia mengangkatnya dengan mewafatkan para ulama hingga ketika tidak ada seseorang alim maka manusia mengambil pemimpin dari orang-orang yang jahil, mereka berfatwa tanpa ilmu hingga sesat dan menyesatkan" (HR.Bukhori)

    Apa yang membimbangkan umat Islam ialah amaran Nabi Sallahu Alaihi Wasallam apabila matinya ulamak, keadaan akan menjadi tidak menentu apabila orang awam menjadikan orang-orang jahil( dalam bidang agama) sebagai rujukan mereka. Di dalam hadis Nabi Sallahu Alaihi Wasallam nyatakan :
    “ketika tidak ada seseorang alim maka manusia mengambil pemimpin dari orang-orang yang jahil, mereka berfatwa tanpa ilmu hingga sesat dan menyesatkan"

    Dan Nabi Sallahu Alaihi Wasallam juga bersabda :
    من أشراط الساعة أن يلتمس العلم عند الأصاغر
    Artinya : "Diantara tanda-tanda hari kiamat adalah diambilnya ilmu dari al-ashoghir (orang yang bodoh atau ahli bid'ah)". (Ash-Shohihah 695)

    Hari ini sudah kedengaran dari suara-suara orang yang tidak berauthoriti di dalam agama sibuk berkata soal agama. Di antara suara-suara sumbang itu menyatakan boleh meninggalkan solat demi maslahat negara, sunnah nabi hanya sesuai di zaman nabi, urusan sosial dan seharian manusia tidak perlu dirujuk al-quran dan hadis, dan yang terbaru, orang yang beragama Islam bebas membuat pilihan agama apabila mereka sudah dewasa kerana tiada paksaan di dalam beragama. Fatwa songsang dan sangat liberal ini dibuat berdasarkan firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah ayat 256.
    Hakikatnya apa yang mereka tafsirkan jelas bertentangan dengan tafsiran yang telah dikemukan oleh ahli tafsir yang muktabar seperti Ibnu Kathir, al-Qurthubi, As-Syaukani dll. Tafsiran yang sebenarnya ialah tiada paksaan pada orang bukan Islam untuk memeluk Islam, bukannya orang Islam bebas memilih agama setelah menganuti Islam.
    Di dalam tafsir al-Quran al-Adzim karangan Ibnu Kathir (Meninggal 774H) beliau menukilkan dari Ibnu Jarir R.A, ayat ini diturunkan kepada seorang lelaki yang bernama Al-Husaini dari kaum ansar daripada bani Salim Bin Auf. Beliau memiliki dua orang anak yang beragama Nasrani sedang dia (ayah) seorang muslim, lalu dia bertanya kepada nabi “apakah perlu aku memaksa mereka memeluk Islam, sedangkan mereka enggan memeluk sebarang agama melainkan kristian”. Lalu Allah turunkan ayat:
    ••
    Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. karena itu Barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut[162] dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang Amat kuat yang tidak akan putus. dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

    Menjadi suatu kemestian untuk setiap daripada kita merujuk mereka yang ahli di dalam bidangnya. Maka para alim ulamak dirujuk di dalam bidang agama. Firman Allah Taala:
    فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

    Artinya : "maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui." (QS.Al-Anbiya' : 7).
    Sekian.
    29 Mac 2013. KUISAS, Kuala Kangsar.

    No comments:

    Post a Comment