• Laman Utama
  • Saturday 15 February 2014

    FORUM PERDANA "MEMBINA GENERASI BERILMU"

    Asalamualaikum..
    Pada 10 Februari 2014 satu Forum Perdana Telah dianjurkan oleh Sekolah Menengah Agama Idrisiah Kuala Kangsar,antara ahli panel yang dijemput adalah Rektor Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) Profesor Jamil Bin Hashim bersama Juara Imam Muda 3 Imam Muda Jabar yang merupakan pensyarah di Kuisas,Forum yang berlangsung selama hampir 2 jam setengah itu telah diisi dengan ilmu yang bermanfaat serta perkongsian yang menarik bagaimana "Membina Generasi Berilmu"

     Imam Muda Jabar Menceritakan Tentang Kegigihan Imam Al-Baihaqi Bagaimana Kegigihan Beliau
    Dalam Menulis Kitab-kitab Yang Sehingga Kini Masih Digunakan Sebagai Sumber Rujukan











                      Antara Perkongsian Dari Imam Muda Jabar Kepada Warga Pelajar Idrisiah

    -ADMIN-.

    Tuesday 14 January 2014

    Kembara Korban Kemboja Dan Vietnam

    Madrasah yang berjaya dibina hasil dana wakaf orang ramai di Malaysia dan Singapura.

    Tuesday 24 December 2013

    Kem Imam Junior Anjuran Pusat Islam & Akademi Ajaq Zunurain

    Pada 21 Disember  Pusat Islam Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah(KUISAS) Menjalankan Kerjasama Bersama AJAQ ZUNURAIN CONSULTANCY & MANAGEMENT telah berjaya menganjurkan sebuah program ibadat Khasnya
    buat kanak-kanak yang berumur antara 10-15 tahun,kem yang diadakan selama satu hari ini telah berjaya menarik minat warga kuala kangsar untuk menghantar anak mereka untuk turut serta menyertai kem ini .kem ini telah disertai seramai 50 orang peserta,antara intipati yang menarik yang terdapat di kem imam junior,para peserta diberikan maklumat mengenai mengenai sifat solat nabi,cara bacaan Surah Al-Fatihah dengan betul dan tartil..
    Di sini saya kongsikan hasil temuramah bersama perserta adik arif bin abdul mohsin (beliau dipilih sebagai pelajar terbaik dari kumpulannya)

                                                   Imam Muda Jabar bersama ibu bapa Perserta

    abdul hadi antara barisan fasilitator yang dilantik

          
    Bacaan doa Dari ima Muda jabar Sebelum program berakhir
    Penceramah Jemputan Ustaz Zhafran

    Terima Kasih Kepada semua yang turut serta menjayakan program ini ,inshaAllah dengan sambutan yang memberangsangkan pihak Ajaq zunurain consultancy management akan menganjurkan program ini pada masa yang akan datang

    -ADMIN-


    Thursday 18 April 2013

    Si Tanggang Moden




    Al-kisah

    "Ada jugak orang cam gini" berang Ahmad, "macam mana?", Idham bertanya, "semakin kaya semakin lupa kepada orang tua, pangkat besar, gaji besar, rumah besar, tapi sekupang habuk pun tak boleh nak bagi duit saraan dekat mak ayah"jawab Khairil. Idham terus menatap akhbar yang dibaca oleh Ahmad untuk memahami dan melanjuti kisah sebenarnya
    "Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Rosdi Harun turut mengarahkan Nasrun Mustafa, 38, yang kini bekerja di Bintulu, Sarawak, sebagai pengurus operasi sebuah syarikat cari gali minyak berpangkalan di Kuala Lumpur membayar tuntutan sebanyak RM400 sebulan terhadap kedua ibu bapanya serta RM400 sebulan setiap seorang terhadap dua anaknya, Mohd Amirul Nasrun, 17, dan Nur Thahirah Nasrun, 15.

    Dia yang berpendapatan RM18,000 sebulan itu turut diarahkan membayar sebanyak RM1,000 setiap seorang anak dalam tempoh dua minggu setiap kali menyambut Aidilfitri sebagai persiapan". Idham dan Ahmad Selesai membaca akhbar harian tersebut.

    Semakin kronik

    Satu kajian Institut Kajian Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2010, mendapati dengan bilangan warga emas (60 tahun ke atas) bakal mencapai jumlah 2.2 juta orang menjelang tahun 2020, jumlah anak derhaka juga dijangka bertambah. Kajian Keperluan Sokongan Emosional Dalam Kalangan Anak Dewasa Yang Menjaga Warga Tua yang diterajui ketua penyelidik, Prof Dr Rahim M Sail, turut meramalkan lebih banyak rumah penjagaan orang tua akan tumbuh di negara ini dalam tempoh 10 tahun lagi baik yang dikendalikan kerajaan mahu pun swasta. Ini didorong sikap anak-anak muda zaman moden yang memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk menempatkan ibu bapa mereka di rumah-rumah penjagaan warga emas.

    Antara puncanya - masalah kewangan anak-anak menyebabkan mereka mengambil langkah mudah dengan menjadikan ibu bapa sebagai 'korban' pengawalan perbelanjaan keluarga masing-masing. Itu alasan kewangan, tetapi bagaimana pula dengan alasan penularan masalah kepincangan masyarakat hari ini apabila hubungan kekeluargaan menjadi renggang? Tidak kurang yang mengaitkan kewujudan Si Tanggang Moden itu sebagai hukum karma - apabila ayah atau ibu mengabaikan anak sewaktu muda menjadikan hubungan kekeluargaan hambar dan suram, sehinggalah apabila mereka tua. Bolehkah alasan itu diterima? Perlukah setiap perbuatan dibalas dan diterima sebagai satu rutin atau norma kehidupan?

    Tidak lama dulu, ada gesaan supaya satu akta khas diwujudkan bagi melindungi kepentingan dan kebajikan ibu bapa berikutan segelintir mereka yang sudah berkerjaya mengabaikan ibu bapa masing-masing. Ini berikutan pihak Biro Pengaduan Awam BPA menerima banyak aduan diterima daripada ibu bapa terutama warga emas yang memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menampung kehidupan mereka selepas diabaikan anak, termasuk anak yang berkerjaya baik dan stabil. Akta itu antara lainnya, mahu mewajibkan anak berumur 21 tahun ke atas yang sudah bekerja, membayar nafkah kepada ibu bapa mereka sehingga meninggal dunia sebagai salah satu cara meringankan beban. Usul itu disambut pelbagai reaksi termasuk kalangan pakar motivasi yang beranggapan ia seharusnya dijadikan pilihan terakhir dan usaha sepatutnya ditumpukan kepada langkah mengakrabkan keluarga.

    Peringatan dari Nabi S.A.W

    Sebagai peringatan kepada kita semua yang bergelar anak, saya datangkan beberapa petikan hadis Nabi Sallahu Alaihi Wasallam,
     
    Dari Abu Bakrah meriwayatkan bahawa Rasulullah Nabi Sallahu Alaihi Wasallam bersabda :

    Maksudnya : "Mahukah aku jelaskan kepada kamu semua tentang dosa yang sangat besar?". Beliau berkata : "Syirik kepada Allah dan derhaka kepada ibu bapa" .
    ( Riwayat Bukhari )

    Dalam hadith lain diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah menyatakan di antara golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat kelak dan tidak masuk syurga ialah mereka yang menderhakai ibu bapanya.
    ( Hadith Hasan Sahih ).

    Friday 29 March 2013

    HATI-HATI DENGAN FATWA DARI ORANG YANG JAHIL AGAMA


    Oleh: Imam Muda Jabar

    Mutakhir ini kita seringkali mendengar berita kematian para alim ulamak di tanah air dan di peringkat antarabangsa. Samaada ditimpa kesakitan, mati mengejut, dan tidak terkurang yang terbunuh. Terbaru adalah berita kematian Dr. Said Ramadhan al-Buthi, seorang tokoh ilmuan di Syria. Kematian tokoh-tokoh ulamak ini sangat berkait rapat dengan sabdaan Nabi Sallahu Alaihi Wasallam, ketika mana baginda bersabda:


    إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد , ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إدا لم يبق عالم اتخد الناس رؤوسا 

    جهالا فأفتوا بغيرعلم فضلوا وأضلوا



    Artinya : "Sesungguhya Allah tidak mencabut ilmu ini secara langsung dari para hamba-Nya akan tetapi Dia mengangkatnya dengan mewafatkan para ulama hingga ketika tidak ada seseorang alim maka manusia mengambil pemimpin dari orang-orang yang jahil, mereka berfatwa tanpa ilmu hingga sesat dan menyesatkan" (HR.Bukhori)

    Apa yang membimbangkan umat Islam ialah amaran Nabi Sallahu Alaihi Wasallam apabila matinya ulamak, keadaan akan menjadi tidak menentu apabila orang awam menjadikan orang-orang jahil( dalam bidang agama) sebagai rujukan mereka. Di dalam hadis Nabi Sallahu Alaihi Wasallam nyatakan :
    “ketika tidak ada seseorang alim maka manusia mengambil pemimpin dari orang-orang yang jahil, mereka berfatwa tanpa ilmu hingga sesat dan menyesatkan"

    Dan Nabi Sallahu Alaihi Wasallam juga bersabda :
    من أشراط الساعة أن يلتمس العلم عند الأصاغر
    Artinya : "Diantara tanda-tanda hari kiamat adalah diambilnya ilmu dari al-ashoghir (orang yang bodoh atau ahli bid'ah)". (Ash-Shohihah 695)

    Hari ini sudah kedengaran dari suara-suara orang yang tidak berauthoriti di dalam agama sibuk berkata soal agama. Di antara suara-suara sumbang itu menyatakan boleh meninggalkan solat demi maslahat negara, sunnah nabi hanya sesuai di zaman nabi, urusan sosial dan seharian manusia tidak perlu dirujuk al-quran dan hadis, dan yang terbaru, orang yang beragama Islam bebas membuat pilihan agama apabila mereka sudah dewasa kerana tiada paksaan di dalam beragama. Fatwa songsang dan sangat liberal ini dibuat berdasarkan firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah ayat 256.
    Hakikatnya apa yang mereka tafsirkan jelas bertentangan dengan tafsiran yang telah dikemukan oleh ahli tafsir yang muktabar seperti Ibnu Kathir, al-Qurthubi, As-Syaukani dll. Tafsiran yang sebenarnya ialah tiada paksaan pada orang bukan Islam untuk memeluk Islam, bukannya orang Islam bebas memilih agama setelah menganuti Islam.
    Di dalam tafsir al-Quran al-Adzim karangan Ibnu Kathir (Meninggal 774H) beliau menukilkan dari Ibnu Jarir R.A, ayat ini diturunkan kepada seorang lelaki yang bernama Al-Husaini dari kaum ansar daripada bani Salim Bin Auf. Beliau memiliki dua orang anak yang beragama Nasrani sedang dia (ayah) seorang muslim, lalu dia bertanya kepada nabi “apakah perlu aku memaksa mereka memeluk Islam, sedangkan mereka enggan memeluk sebarang agama melainkan kristian”. Lalu Allah turunkan ayat:
    ••
    Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. karena itu Barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut[162] dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang Amat kuat yang tidak akan putus. dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

    Menjadi suatu kemestian untuk setiap daripada kita merujuk mereka yang ahli di dalam bidangnya. Maka para alim ulamak dirujuk di dalam bidang agama. Firman Allah Taala:
    فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

    Artinya : "maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui." (QS.Al-Anbiya' : 7).
    Sekian.
    29 Mac 2013. KUISAS, Kuala Kangsar.